Buku teks digital menjelang 2022

Teo Nie Ching
Teo Nie Ching
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk menyediakan buku teks digital bagi semua pelajar sekolah menengah di negara ini menjelang 2022.

Timbalan menterinya, Teo Nie Ching berkata, pada tahun hadapan kementerian bercadang mewujudkan buku teks digital untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.

“Manakala bagi buku teks digital interaktif, kementerian bercadang untuk mewujudkannya untuk pelajar Tingkatan 3 pada 2020. Manakala pada 2021 pula kementerian akan menyediakan buku teks digital interaktif untuk pelajar Tingkatan 1,3 dan 4.

“Untuk tahun 2022 buku teks digital interaktif akan disediakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bebas-Masjid Tanah) mengenai pelaksanaan buku teks digital bagi menangani masalah beg berat yang dihadapi oleh pelajar.

Nie Ching berkata, inovasi pendigitalan buku teks membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan melampaui bilik darjah serta mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks bercetak seterusnya mengurangkan indeks penggunaan kertas negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: