Izzue Islam mengamuk: Semua dah dirancang

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Izzue Islam mengamuk ketika telur mentah dipecahkan di bahagian belakang kepalanya oleh pelawak Chiwan Chilok, baru-baru ini.

Rakaman secara langsung ketika program Bintang Bersama Bintang itu mula tular selepas persembahan antara Chiwan dan Izzue, Ahad lalu.

Bagaimanapun, menurut kedua-dua pelakon terbabit, perkara itu sudah dirancang awal.

No Image Caption

"Dear @chiwan_chilok, kamu sudah buat yang terbaik. Buat yang terbaik untuk minggu seterusnya.

"Oh, persembahan kami memang sudah plan. Terima kasih semua yang membantu termasuk @sharif_zero dan @armadaammar

"Maaf kalau ada terlebih dan terkurang sepanjang persembahan, harap semua orang terhibur dan faham maksud di sebalik cerita yang kami sampaikan," katanya yang kini berada di Korea.

Sementara itu Chiwan pula menyifatkan lakonan Izzue benar-benar menjadi.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang berlaku semua sudah dirancang. Maafkan kami jika keterlaluan niat kami hanya ingin membuat kelainan.

"@izzueislam kamu memang seorang pelakon hebat. Kita berjaya buat orang terpedaya," ujarnya.