X

Kindly register in order to view this article
!

Enot terima menantu sulung

FOTO: Instagram Enot
A
A

PELAKON Enot berkongsi berita gembira apabila anak sulungnya, Andriana Balqis, selamat diijabkabul dengan lelaki pilihannya Ahad lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 41, telah memuat naik beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan tersebut.

“Macam tak percaya anak aku dah besar!! Dulu ingat lagi aku ke hulu ke hilir angkut diorang pergi shooting dan berniaga Almaklumlah single mother!! Diorang tak pernah aku tinggalkan. Mana pergi aku bawa sampailah diorang besar aku masih ingat diorang budak-budak lagi!

“Kakak mama doakan kakak menjadi seorang isteri yang solehah yang taat pada suami dan yang tak ingkar dengan perintah Allah. Hanya doa yang mampu mama beri. Mama usaha untuk berikan yang terbaik untuk kakak,” luahnya.

FOTO: Instagram Enot
FOTO: Instagram Enot

Dalam pada itu pelakon yang cukup terkenal dengan drama bersiri Mat Despatch ini sempat bergurau kononnya teringin mahu berkahwin lagi apabila melihat anaknya disatukan.

“Aku happy dia nak nikah, tak apalah dah sampai jodoh dia. Jodoh mak dia jer lah tak tahu pergi mana! Tengok anak kahwin, mama pun teringin jugak! Tapi dah ada menantu, orang pun tak nak dah, dah tak laku,” selorohnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian daripada peminat dan pengikut Enot di Instagram yang tidak ketinggalan turut mengucapkan tahniah kepadanya kerana menerima menantu.

Selain Andriana, Enot mempunyai seorang lagi anak perempuan, Ariana Qaseh Qistina, 12.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus