Kerajaan Johor beri jaminan atasi pencemaran ammonia

Ikan ditemui mati di sungai Ulu Benut akibat pencemaran tersebut.
Ikan ditemui mati di sungai Ulu Benut akibat pencemaran tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri memberi jaminan tindakan proaktif akan terus diambil bagi memastikan isu pencemaran di Sungai Machap dan Sungai Ulu Benut di Simpang Renggam boleh diselesaikan dengan segera.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, tindakan susulan juga telah diambil berdasarkan makluman punca pencemaran yang dikemukakan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Isu pencemaran dikenal pasti disebabkan kerana bocornya benteng tempat menampung air larut resapan (leachate).

"Kebocoran itu telah dibaiki malah Badan Kawal Selia Air Johor (Bakaj) dan Syarikat Air Johor (SAJ) juga telah mengenakan kompaun kepada syarikat yang mengendalikan operasi tapak pelupusan sampah di CEP Renggam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Sahruddin berkata, isu pencemaran itu juga akan diselesaikan segera susulan Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam yang kini telah kembali beroperasi.

Terdahulu, JAS mengesahkan punca pencemaran di dua sungai itu hingga mengakibatkan berlakunya kematian ikan-ikan adalah berikutan aliran air sampah dari tapak pelupusan sampah berdekatan.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, kematian ikan di sungai itu disebabkan kandungan ammonia yang tinggi kesan limpahan air sampah.

Katanya, siasatan awal juga mendapati, benteng tapak pelupusan sampah di kawasan terbabit terdapat limpahan air titisan sampah.

ARTIKEL BERKAITAN Pencemaran ammonia: 75,000 penduduk terjejas bekalan air

Artikel Berkaitan: