X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

LPPKN tawar perkhidmatan kesihatan percuma sempena Hari Ibu

Muhamad Sharip menyempurnakan simbolik perasmian Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia 'Keluarga Nogoghi: Ziarah Pusako Luak Ghombau' bersempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022.
A
A

REMBAU - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menawarkan saringan kesihatan, subsidi mamogram dan perkhidmatan saringan kanser serviks (HPV DNA) secara percuma di seluruh negara sempena sambutan Hari Ibu.

Timbalan Pengerusi LPPKN, Mastura Mohamad Darby berkata, ia bagi menghargai jasa dan pengorbanan golongan ibu melalui Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe).

"Bagi Negeri Sembilan sehingga 22 Mei ini, kita membuka peluang kepada 100 orang kaum ibu untuk mendapatkan tawaran percuma ini di Klinik Nur Sejahtera LPPKN di Seremban 2, Senawang dan Port Dickson.

“Perkhidmatan percuma ini turut kami bawakan khas ke program pada hari ini yang mendapatkan penglibatan Ibu Soko yang menjadi tunjang dan pakar rujuk bukan sahaja kepada hal ehwal adat malahan sosial, ekonomi dan politik di bumi beradat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia ‘Keluarga Nogoghi: Ziarah Pusako Luak Ghombau’ bersempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di Muzium Rembau di sini pada Sabtu.

Program berkenaan dirasmikan oleh Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman.

Sementara itu katanya, LPPKN akan terus menyediakan program dan melaksanakan perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti kepada Keluarga Malaysia.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!