X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Piala FA: JDT mara mudah separuh akhir

Forestieri melakukan percubaan ketika menentang Sarawak United pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim.- Foto: Bernama
A
A

GERGASI Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan melangkah mudah ke suku akhir saingan Piala FA selepas menumpaskan Sarawak United 3-0 malam Sabtu.

Pada aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu, pemain JDT Fernando Forestieri menjadi watak penting apabila menjaringkan dua gol buat pasukan kendalian Benjamin Mora.

Babak pertama perlawanan, JDT membuka tirai jaringan pada minit keenam menerusi sepakan percuma pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Penguasaan JDT diteruskan selepas Forestieri memutlakkan kemenangan pasukan menerusi jaringan pada minit ke-15 serta ke-43 perlawanan dan keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiup. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!