X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Piala FA milik Liverpool

Liverpool muncul juara Piala FA selepas menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley.
A
A

KECEMERLANGAN penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy yang menyelamatkan sepakan penalti Sadio Mane masih gagal menafikan kemantapan Liverpool untuk menjulang kejuaraan Piala FA di Stadium Wembley pada Sabtu.

Anak buah Jurgen Klopp yang masih dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris akhirnya mendakap Piala FA setelah menewaskan Chelsea 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti - trofi kedua selepas Piala Liga ketika menjinakkan Chelsea 11-10 di venue sama pada Februari lalu.

Untuk rekod ini merupakan kejuaraan Piala FA kali pertama diraih Liverpool sejak 2006, sekali gus bermakna The Reds kekal di landasan terbaik merebut empat trofi dalam satu musim.

Pada saingan Liga Perdana Inggeris, Liverpool ketinggalan tiga mata di belakang Manchester City dalam perlumbaan kejuaraan dengan baki dua perlawanan, akan bertemu Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 28 Mei.

"Saya sangat bangga dengan para pemain Liverpool dalam perlawanan ini.

"Chelsea sangat cemerlang tetapi akhirnya hanya ada satu pemenang dan hari ini ia adalah kami," kata Klopp.

Kekalahan Chelsea ini juga menyaksikan kelab London itu menjadi pasukan pertama yang tewas tiga perlawanan akhir Piala FA berturut-turut, selepas tewas kepada Arsenal pada 2020 dan Leicester City tahun lalu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!