Piala FA: Sri Pahang buktikan keunggulan di Kuantan

Antara aksi menarik Sri Pahang berdepan skuad Projek FAM-MSN pada aksi pusingan kedua Piala FA di Kuantan pada Sabtu. Foto: Sri Pahang FC
Antara aksi menarik Sri Pahang berdepan skuad Projek FAM-MSN pada aksi pusingan kedua Piala FA di Kuantan pada Sabtu. Foto: Sri Pahang FC
A
A
A

KELAB Liga Super, Sri Pahang membuktikan keunggulan pasukan itu dalam kempen Piala FA musim ini apabila menjinakkan skuad Projek FAM-MSN 3-0 pada aksi pusingan kedua di Stadium Darul Makmur di Kuantan pada Sabtu.

Tok Gajah bermula baik tidak menunggu lama menjaringkan gol pendahuluan pada minit keenam menerusi tandukan tonggak import Mahmoud Za'tara selepas menerima hantaran Abdul Malik Ariff sebelum sekali lagi menggegarkan gawang pelawat hasil hantaran Manuel Hidalgo pada minit ke-28.

Tuan rumah asuhan Christophe Gamel terus mengukuhkan kedudukan selepas tendangan kencang Shah Nizam Nadzir menembusi gawang lawan pada minit ke-90.

Sementara itu, aksi dua pasukan bawah Liga Premier, Perak FC dan Liga Super, Penang FC di Stadium Perak berkesudahan kemenangan 4-1 skuad Haria Penang Haria tersebut.

Gol Harimau Kumbang dijaringkan Hilal El-Helwe pada minit kedua sebelum pemain Perak, Muhammad Aiman Khairul Yusni tertampan gol sendiri pada minit ke-29.

The Bos Gaurus memperoleh gol tunggal pada minit ke-69 menerusi Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan, namun Penang menambah dua jaringan gol masing-masing pada masa kecederaan hasil jaringan Hilal (90') dan Muhammad Adib Abdul Ra'op (92').

Kelab Liga Super, Melaka United turut mara ke suku akhir apabila menang tipis 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Hang Jebat, dengan gol skuad Hang Tuah dijaringkan Sony Norde (11') serta Adriano Narcizo (55') manakala gol The Phoenix dihasilkan Darren Lok pada minit ke-50.