Singapura sekat hajat Malaysia tempah slot separuh akhir lebih awal

Malaysia seri 2-2 menentang Singapura pada aksi ketiga Kumpulan B saingan bola sepak lelaki SukanSEA ke-31 di Stadium Thien Truong di Nam Dinh, Vietnam, pada Sabtu. - Foto Bernama
Malaysia seri 2-2 menentang Singapura pada aksi ketiga Kumpulan B saingan bola sepak lelaki SukanSEA ke-31 di Stadium Thien Truong di Nam Dinh, Vietnam, pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

MALAYSIA terlepas peluang muncul pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31, selepas seri 2-2 menentang ‘musuh’ tradisi Singapura pada aksi ketiga Kumpulan B di Stadium Thien Truong di sini, pada Sabtu.

Keputusan itu menghentikan momentum kemenangan pasukan negara, susulan dua kemenangan yang diraih ke atas Thailand dan Laos sebelum ini, sekali gus menyaksikan perlawanan terakhir bertemu Kemboja Isnin depan menjadi penentu dalam memburu slot ke pusingan kalah mati.

Pada aksi yang berlangsung sengit seawal permainan bermula itu, Malaysia tidak menunggu lama untuk berada di depan menerusi penyerang Luqman Hakim Shamsudin, yang bijak mencari ruang dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kencang pada minit keempat.

Ia merupakan gol ketiga peribadinya pada temasya sukan dwitahunan itu, selepas menamatkan kemarau gol lebih dua tahun di pentas antarabangsa, dengan dua jaringan disumbangkan ketika berdepan Laos Rabu lepas.

Bagaimanapun, tiga minit berselang, Singapura yang turun berkasi dengan misi wajib menang menyamakan kedudukan, selepas percubaan dari luar kotak penalti pemain tengah Nur Muhammad Shah Shahiran, gagal diselamatkan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani. - Bernama

AKAN MENYUSUL