X

Kindly register in order to view this article
!

Bimbingan kepada bekas penagih perlu berterusan

Nadzim Johan -Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A

SHAH ALAM - Penagih dadah yang telah mendapatkan rawatan perlu dibimbing walaupun telah keluar dari dari pusat pemulihan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, ramai daripada kumpulan tersebut kembali menagih kerana tekanan hidup yang dilalui.

"Sebenarnya ramai yang mahu berubah tapi bila keluar pusat pemulihan, mereka perlu ada duit untuk makanan dan tempat tinggal.

"Orang sekeliling masih mempunyai stigma bahawa penagih dadah ini akan mengulangi perbuatan mereka walaupun telah melalui rawatan. Begitu juga dengan majikan berapa peratus sahaja sanggup mengambil mereka ini bekerja," katanya dalam Wacana Dadah: Cabaran Pencegahan dan Birokrasi, hari ini.

Katanya, perlu ada satu langkah radikal dalam mencegah, memulihkan dan membantu penagih dadah.

"Jika ia tidak dilaksanakan secara radikal, mereka yang sebelum ini terjebak dengan dadah akan kembali menagih dan pengguna baharu akan terus bertambah.

"Saya akaui pihak berkuasan dan berkaitan sedang menangani perkara yang sukar tapi jika ada modul bagus dan kawalan baik ke atas bekas penagih ini, saya yakin kita dapat kurangkan jumlah mereka yang kembali menagih," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!