Jackie, Grace raih pingat emas

Jackie Wong (kiri) dan Grace Wong berjaya menyumbangkan pingat emas kepada kontinjen negara pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh National Stadium pada Sabtu. - Foto Bernama
Jackie Wong (kiri) dan Grace Wong berjaya menyumbangkan pingat emas kepada kontinjen negara pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh National Stadium pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

JAGUH baling tukul besi lelaki negara, Jackie Wong menebus kekecewaan mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA Manila 2019 di Filipina apabila mengungguli acara tersebut dengan catatan 66.49 meter (m).

Lebih manis lagi, pada acara tersebut, seorang lagi atlet Malaysia, Sadat Maryuqi Ajisan berjaya meraih gangsa, manakala atlet Thailand, Kittipong Boonmawan memenangi pingat perak.

Selain Jackie, turut berjaya membalas dendam adalah kekecewaan pada edisi Sukan SEA lalu ialah atlet baling tukul besi wanita, Grace Wong apabila memenangi acara tersebut dengan melakukan balingan sejauh 57.13 m.