X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Serangan peluru berpandu Israel di Syria, 5 terbunuh

Lima dilaporkan maut dan tujuh lagi cedera selepas Israel menyerang kem tentera di tengah Syria pada Jumaat. - Foto Tangkap layar/Twitter
A
A

DAMSYIK - Lima maut dan tujuh lagi cedera selepas Israel menyerang kem tentera di tengah Syria pada Jumaat, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita SANA.

Beberapa peluru berpandu yang dibedil Israel mengenai sasaran berhampiran kawasan Masyaf wilayah Hama, lapor SANA, memetik kenyataan tentera.

Serangan itu turut merosakkan harta benda dan menyebabkan kebakaran di hutan Masyaf.

Menurut laporan awal SANA, Syria telah memintas peluru berpandu Israel di kawasan pantai.

Letupan kedengaran di bandar pantai Syria Banyas, Tartous, dan Jableh dan kebanyakan peluru berpandu dipintas sebelum menuju sasaran.

Israel kerap mengebom kemudahan tentera Syria dan mendakwa pihaknya menyerang pangkalan militan pro-Iran. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!