Lebih 18,000 kes Covid-19 dalam minggu kedua raya

Sebanyak 18,136 kes baharu Covid-10 dilaporkan antara 7 Mei hingga 13 Mei. - Gambar hiasan
Sebanyak 18,136 kes baharu Covid-10 dilaporkan antara 7 Mei hingga 13 Mei. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18,136 kes baharu Covid-19 dilaporkan sepanjang seminggu lepas (7 Mei -13 Mei) berbanding 9,467 kes pada seminggu sebelumnya (30 April-6 Mei).

Trend meningkat dikesan pada minggu pertama Hari Raya Aidilfitri, bermula pada 4 Mei iaitu 1,054 kes setelah sehari sebelum itu (3 Mei), negara mencatat kes terendah untuk tahun 2022, sebanyak 922 kes.

Data yang dikumpul oleh Bernama sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 30 April-6 Mei dan 7 Mei-13 Mei menunjukkan, angka kes harian baharu meningkat daripada sekitar 1,000 kepada 2,000 dan setakat semalam (13 Mei), sekitar 3,000 iaitu sebanyak 3,029.

Dengan 3,029 kes harian baharu, kes kumulatif Covid-19 Malaysia meningkat kepada 4.473,500 dan kes aktif Covid-19 sebanyak 28,734.

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (7 Mei hingga 13 Mei 2022):-

7 Mei (1,372), 8 Mei (2,153), 9 Mei (2,246), 10 Mei (2,605), 11 Mei (3,321), 12 Mei (3,410) dan 13 Mei (3,029).

Sebagai perbandingan, berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (30 April - 6 Mei 2022):-

30 April (2,107), 1 Mei (1,503), 2 Mei (1,352), 3 Mei (922), 4 Mei (1,054), 5 Mei (1,278) dan 6 Mei (1,251).

Dengan sebanyak 4,473,500 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 226 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,006,460) dan Mexico (5,745,652).

Dalam kalangan 226 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Amerika Syarikat mencatat kes harian baharu tertinggi semalam sebanyak 87,332 kes dengan 272 kematian, diikuti Jerman 67,670 kes (181 kematian) dan Australia 51,773 kes (51 kematian).

Amerika Syarikat juga mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi melebihi sejuta kes, iaitu sebanyak 1,026,527 kes semalam.

Sementara itu, data CovidNow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat jam 11:59 malam 13 Mei 2022 menunjukkan sebanyak 27,358 kes (95.2 peratus) dikuarantin di rumah daripada 28,734 kes aktif Covid-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 23 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,311 kes (4.6 peratus) di hospital; 9 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 33 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Sebanyak 1,116 kes sembuh dilaporkan pada 13 Mei dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4.409,159 kes.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini menunjukkan peningkatan setelah mencatat paras terendah 0.52 pada 6 Mei 2022 dan melepasi paras 1.00 pada 11 Mei 2022. Keseluruhan data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

7 Mei (0.54), 8 Mei (0.64), 9 Mei (0.75), 10 Mei (0.90), 11 Mei (1.05) dan 12 Mei (1.14).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 12 Mei 2022 ialah WP Putrajaya (1.09), Melaka (0.94) dan Kelantan (0.92).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh:-

7 Mei (3,610), 8 Mei (2,869), 9 Mei (2,433), 10 Mei (2,014), 11 Mei (1,416), 12 Mei (1,430) dan 13 Mei (1,116).

* kes kumulatif sembuh sehingga 13 Mei 2022 sebanyak 4,409,159

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

7 Mei (23,276), 8 Mei (22,556), 9 Mei (22,368), 10 Mei (22,953), 11 Mei (24,850), 12 Mei (26,826) dan 13 Mei (28,734).

Perincian kes harian baharu (3,029 kes):-

*mengikut negeri, setakat jam 11:59 malam 13 Mei 2022

* (+kes import)

Kes harian baharu tiga angka - Johor 126 (+0), Melaka 108 (+0), Negeri Sembilan 208 (+0), Perak 174 (+0), Pulau Pinang 229 (+0), Selangor 1,286 (+0) dan WP Kuala Lumpur 501 (+0).

K​​​​es harian baharu dua angka - Kedah 61(+0), Kelantan 21 (+0), Pahang 58 (+0), Sabah 78 (+0), Sarawak 57 (+0), Terengganu 23 (+0), dan WP Putrajaya 88 (+0).

Kes harian baharu satu angka - Perlis 8 (+0) dan WP Labuan 3 (+0)

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

7 Mei - Kes baharu: 1,372 kes ; Kes kumulatif: 4,456,736 kes; Kes import: 5 kes.

8 Mei - Kes baharu: 2,153 kes ; Kes kumulatif: 4,458,889 kes; Kes import: 2 kes.

9 Mei - Kes baharu: 2,246 kes ; Kes kumulatif: 4,461,135 kes; Kes import: 5 kes.

10 Mei - Kes baharu: 2,605 kes; Kes kumulatif: 4,463,740 kes; Kes import: 4 kes.

11 Mei - Kes baharu: 3,321 kes ; Kes kumulatif: 4,467,061 kes ; Kes import: 10 kes.

12 Mei - Kes baharu: 3,410 kes ; Kes kumulatif: 4,470,471 kes ; Kes import: 5 kes.

13 Mei - Kes baharu: 3,029 kes ; Kes Kumulatif: 4,473,500 kes ; Kes import: 0 kes.

Sementara itu, masih terdapat sebanyak 59 kluster aktif dalam negara setakat 13 Mei 2022 dan secara keseluruhan, sebanyak 7,011 kluster dikesan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, hanya satu (1) kluster baharu dikesan iaitu pada 11 Mei 2022, melibatkan kluster pusat tahanan dikesan di Serian, Sarawak dan dengan 14 kes positif Covid dikesan setakat 11 Mei.

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

7 Mei - Tiada kluster

8 Mei - Tiada kluster

9 Mei - Tiada Kluster

10 Mei - Tiada kluster

11 Mei - Tiada Kluster

12 Mei - 1 (pusat tahanan - Serian, Sarawak)

13 Mei - Tiada kluster

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

7 Mei - 3 (BID 0), 8 Mei - 4 (BID 3 ), 9 Mei - 1 (BID 0 ), 10 Mei - 6 (BID 3 ), 11 Mei - 8 (BID 3), 12 Mei - 4 (BID 0) dan 13 Mei - 5 (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga 13 Mei 2022, sebanyak 35,607 kes. - Bernama