Nelayan Vietnam, tekong didenda RM700,000

Kesemua nelayan warga Vietnam ini di bawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, di sini, untuk didakwa kerana kesalahan 'mencuri' ikan menggunakan pukat tunda di perairan negara.
Kesemua nelayan warga Vietnam ini di bawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, di sini, untuk didakwa kerana kesalahan 'mencuri' ikan menggunakan pukat tunda di perairan negara.
A
A
A
KUALA TERENGGANU - Padah 'mencuri' ikan di perairan negara menggunakan pukat tunda, 10 nelayan warga Vietnam masing-masing dikenakan denda RM40,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Manakala, tekong mereka, Le Thanh Phong dikenakan denda RM300,000 selain mahkamah juga mengarahkan hukuman enam bulan penjara setiap seorang sekiranya mereka gagal menjelaskan denda ditetapkan.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 (Akta 317) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985 (Akta 317).

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didapati menangkap ikan dengan menggunakan peralatan pukat tunda tanpa kebenaran dan tanpa permit sah yang dikeluarkan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di bawah Seksyen 19 Akta Perikanan 1985 (Akta 317).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di atas vesel penangkapan ikan asing bernombor BT 92882 TS pada jarak 43.8 batu nautika dari Kuala Terengganu, kira-kira jam 3.09 petang, pada 22 November lalu.
Artikel Berkaitan:


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Mohamad Afiq Taqiudin Roslan.

Mahkamah juga mengarahkan vesel, peralatan komunikasi dan navigasi, peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan laut 3.4 tan dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.