X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Rangka dinosaur dilelong lebih RM53 juta

Rangka dinosaur Deinonychus antirrhopus dilelong pada harga lebih RM53 juta di New York baru-baru ini. - Foto Christie's BNPS
A
A

NEW YORK - Satu rangka dinosaur menakutkan yang digambarkan dalam adegan dalam filem Jurassic Park telah dijual pada harga AS$12.4 juta (RM54.53 juta) pada satu lelongan di New York baru-baru ini.

Berdiri pada ketinggian 1.21 meter dan kira-kira 3 meter panjang, rangka berusia 110 juta tahun itu tergolong dalam haiwan pemangsa Deinonychus antirrhopus.

Deinonychus menjadi salah satu dinosaur yang paling dikenali di dunia selepas pelancaran filem blockbuster, Jurassic Park pada tahun 1993.

Dalam salah satu adegan, dinosaur tersebut mengintai kanak-kanak melalui dapur.

Bagaimanapun, nama sebenar makhluk itu tidak dianggap cukup dramatik oleh penulis buku Jurassic Park, Michael Crichton.

Buku tersebut kemudian dijadikan filem.

Sebaliknya, pengarang Crichton memilih untuk memanggilnya sebagai Velociraptor yang sebenarnya merupakan saudara Deinonychus yang jauh lebih kecil.

Pelelong Christie menjual dinosaur yang satu-satunya fosil Deinonychus milik persendirian di dunia dalam lelongan berprestij di New York. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!