Penagih dadah di Malaysia cecah 160,000

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah menyampaikan hujah pada Wacana Sinar bersama Pemadam yang bertajuk Hifdup Penuh Erti Dadah: Cabaran Pencegahan & Birokrasi. -Foto Sinar Harian Rosli Talib

A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menegaskan penggunaan dadah di Malaysia masih dikategorikan di tahap sederhana.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, data yang diperoleh menunjukkan penggunaan dadah di Malaysia adalah 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.

"Jumlah pada 2018 adalah sederhana, sebanyak 160,000 pengguna dadah di kesan dan pengguna dadah banyak dikesan di negeri Pantai Timur," katanya dalam Wacana bertajuk Dadah: Cabaran Pencegahan dan Birokrasi di Dewan IDCC, di sini, hari ini.

Katanya lagi, apa yang membimbangkan 70 peratus daripada jumlah itu adalah daripada golongan anak muda.

"Jadi kita lipat gandakan usaha untuk membasmi penggunaan dadah ini, kita juga berusaha untuk menyekat penagih baharu," tegasnya.

Artikel Berkaitan: