Hanoi 2021: Agong, Raja Permaisuri ucap tahniah kepada atlet wushu

Zhi Yan (kiri) bersama Clement Ting masing-masing menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara selepas cemerlang beraksi dalam acara akhir Taijiquan dan Changquan Lelaki pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Cau Giay Gymnasium, Hanoi. - Foto Bernama

A
A
A

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua atlet wusyu negara Tan Zhi Yan dan Clement Ting Su Wei yang berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan SEA Hanoi 2021, Vietnam.

Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan itu.

Clement, 24, muncul juara dalam acara changquan lelaki selepas mencatatkan 9.70 mata manakala Zhi Yan, 22, meraih emas menerusi taijiquan lelaki dengan 9.71 mata.

Malaysia setakat ini berjaya memenangi 11 pingat emas, empat perak dan tujuh gangsa. - BERNAMA