X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Polis cari Hussein kes hina institusi raja

Hussein dikehendaki polis untuk siasatan kes fitnah dan penghinaan terhadap Institusi Diraja Pahang.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan, Hussein Abd Hamid dikehendaki polis untuk siasatan berhubung kenyataan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap Institusi Diraja Pahang.

Lelaki berusia 75 tahun itu dicari untuk siasatan bersabit laporan polis Travers Report 3380/21 berkenaan satu artikel bertajuk 'Randy Bastard These Pahang Royals!'.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, artikel itu mengandungi kenyataan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap Institusi Diraja Pahang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama itu diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintendan Junainah M Kasbolah atau pegawai penyiasat kes, Inspektor M Jagachandran di talian 03-22666071.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!