Mancis

No Image Caption
A
A
A
Pekerja Kelantan Match Factory melakukan proses menampal label pada kotak mancis di kilang yang terletak di Sungai Keladi.

Sejak 89 tahun lalu, pengeluaran 'gesek' Kelantan Match Factory tidak pernah berhenti semuanya demi memenuhi permintaan peminat setianya yang sudah biasanya menggunakan bahan tersebut dalam kehidupan harian.

Mancis atau gesek kekal relevan kerana masih digunakan dalam kehidupan harian peminatnya seperti untuk membakar sampah, menyalakan rokok dan menghidupkan kayu api.

Biarpun ketika ini orang ramai lebih selesa menggunakan pemetik api, namun nilai sentimental pada gesek menyebabkan permintaan terhadap produk hasil tangan anak Kelantan tidak pernah putus dan sentiasa ada.

Cetusan api gesek serta bau belerangnya memberi satu perasaan berbeza kepada peminatnya berbanding pemetik api biasa.

Tambahan pula kebiasaan orang kampung lebih gemar membakar sampah dengan menggunakan gesek berbanding pemetik api.

Kualiti Mancis Cap Lada yang dihasilkan di kilang ini kekal sama sejak tahun 1933, ia antara faktor penyumbang kenapa produk ini terus berada dalam pasaran dan dikenali ramai. - Foto Bernama

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Hiasan dekorasi suasana perayaan

No Image Caption
GALERI

Permainan Wau LED

No Image Caption
GALERI

Nuzul Al-Quran

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Nuzul Quran