Rakyat perlu kerajaan dengan perancangan jangka masa panjang

Najib pada program Debat Perdana yang julung kali menampilkannya bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.
Najib pada program Debat Perdana yang julung kali menampilkannya bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat memerlukan kerajaan yang mampu membuat perancangan jangka masa panjang.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekiranya negara asyik bertukar kerajaan, tidak mungkin kerajaan dapat sediakan perancangan jitu dan berkesan yang amat diperlukan oleh negara.

Beliau berkata demikian dalam Debat Perdana yang julung kali menampilkannya bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), di sini pada Khamis.

Debat ini mendapat kerjasama empat media iaitu Sinar Harian, Astro Awani, Sin Chew Daily dan Malaysia Gazette.