Tambahan masa 10 minit, keputusan wajar

Forestieri melakukan rembatan ke pintu gol NSFC untuk gol tunggal perlawanan. - Foto FB Johor Southern Tigers
Forestieri melakukan rembatan ke pintu gol NSFC untuk gol tunggal perlawanan. - Foto FB Johor Southern Tigers
A
A
A

BIARPUN agak pelik, namun tambahan masa 10 minit bagi masa kecederaan separuh masa kedua pada aksi Liga Super ketika Negeri Sembilan FC (NSFC) berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), pada Rabu dilihat sebagai satu keputusan yang wajar.

Pengendali JDT, Benjamin Mora menegaskan tambahan masa berkenaan sebagai keputusan yang wajar dilaksanakan pengadil perlawanan dengan mengambil kira berapa kali perlawanan terhenti selain insiden ‘membuang masa’ yang dilakukan kedua-dua pasukan.

“Bagi kita tambahan masa itu adalah satu keputusan yang adil daripada pengadil jika mengambil kira tempoh masa yang terbuang apabila berlaku insiden ‘membuang masa’ seperti melengah-lengahkan perlawanan dan sebagainya.

“Insiden sedemikian juga sebenarnya tidak pernah berlaku sebelum ini dan sekali gus menyebabkan timbul rasa pelik dalam kalangan orang ramai.

“Apa pun, insiden seperti ini (tambahan masa) memang sewajarnya berlaku dalam usaha membantu meningkatkan lagi mutu permainan bola sepak di negara ini,” katanya.

Pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Rabu, NSFC tewas 0-1 hasil jaringan penyerang import JDT, Fernando Forestieri pada masa kecederaan.

Jaringan berkenaan nyata sudah cukup memadai bagi skuad Harimau Selatan itu untuk merampas kembali kedudukan selaku peneraju Liga Super dengan 15 mata hasil lima kemenangan berturut-turut berbanding NSFC yang mencatatkan kekalahan pertama musim ini.

Mengulas mengenai aksi keseluruhan Forestieri pada perlawanan berkenaan, Mora mengakui pemain berkenaan merupakan pemain yang baik.

Malah katanya, aksi Forestieri pada perlawanan berkenaan turut mengkucar-kacirkan benteng pertahanan NSFC.

“Inilah sebabnya kita mengakui dan melabel Forestieri sebagai seorang pemain yang baik dan bagi kita selagi dia ada di dalam padang pasti ada ‘sesuatu’ yang akan disumbangkannya.