Gelagat anak Black curi perhatian

- Foto Instagram Black Hanifah
- Foto Instagram Black Hanifah
A
A
A

PENYANYI Black Hanifah merupakan antara artis yang terbuka dalam berkongsi kisah keluarga.

Black juga sering berkongsi video aktiviti dia bersama keluarga terutama berkaitan anak lelakinya yang dinamakan sebagai Khaleef Dayyan atau dipanggil Dayyan.

Malah Dayyan juga turut mempunyai peminatnya tersendiri.

Selain telatah lucu, gelagak Dayyan yang bercakap kadang-kadang pelat itu buatkan ramai yang terhibur. Paling terkesan apabila dia menyebut viral sebagai 'valel'.

Salain itu, baru-baru ini Black turut berkongsi video Dayyan tiba-tiba datang memaklumkan kepada bapanya itu, dia nak rindu.

"Kali ini kamu boleh tengok hero Malaya menangis... Sebab apa?? Barai... tengoklah sendiri," tulisnya.

"Nak Rindu... Dalam kereta," kata Dayyan.

"Dia tinggalkan adik dalam kereta dia menangis," bebel Black apabila Dayyan meninggalkan adiknya berseorangan di dalam kereta di depan rumahnya.

Artikel Berkaitan:

Rindu yang dimaksudkan adalah adiknya, Rindu Dayyana yang ditinggalkan di dalam kereta. Melihat video penuh itu, kelihatan Dayyan seorang yang penyayang apabila melihat dia bermain dengan adiknya.

- Foto Instagram Black Hanifah
- Foto Instagram Black Hanifah

Selain telatah lucu, gelagat Dayyan yang bercakap kadang-kadang pelat itu buatkan ramai yang terhibur.

Malah mereka turut meninggalkan pelbagai komen.

"Amboi sayangnya abang dekat adik... Tapi boleh pecaya ke kalau tinggal bedua kejap tuuu," tulis ruzyneezn

"Mula-mula pelik pula siapa rindu... Baca komen baru tahu.. nama adiknya," tulis nuruldelta.

"Alalalalaaa pandai sayang adik...budak yang baik sangat," tulis ellezabor81.

"Ala comellah Dayyan ini... Sian dia kena sakat... Tengah nangis pun sempat bantai daddy dia...Ha ha," tulis hafizah.salleh.

"Dia tinggal adik dalam kereta... Dia pula nangis... Ha ha ha," tulis miss_tabuan_comot.

"Halah halah Dayyan... maaf kakak gelak tengok kau adik," tulis syafawanimahadi Black dan Naquia Yasirah Mohd Khairy atau Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia empat tahun dan Rindu Dayyana yang hampir berusia lima bulan.