Pub, kelab malam dibenar beroperasi

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Pub dan kelab malam berlesen dibenar kembali beroperasi berkuat kuasa pada Sabtu ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi kenyataannya memaklumkan, protokol pengoperasian pusat hiburan itu telah dimuat naik di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) di asset.mkn.gov.my.

"Operasi pub dan kelab malam berlesen yang dikategorikan dalam senarai negatif telah dihentikan operasi selama hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19," kata kementerian itu.

KPKT berkata, pihak menyeru agar semua pemain industri pub dan kelab malam berlesen dapat mematuhi perkara-perkara penting yang telah digariskan dalam protokol tersebut bagi mengekang penularan kes positif Covid-19 dalam fasa transisi ke endemik ini.