Ternakan Ikan Keli Air Gunung

No Image Caption
A
A
A

Peneroka Felda, Mukhtar Ismail, 64, memasukkan air dari Gunung Tebu ke dalam kolam ikan keli di ladang sawit miliknya di Felda Selasih.

Penggunaan air gunung itu ternyata sangat unik dan istimewa kerana maklum balas pelanggannya mengakui rasa ikan kelinya lebih pejal dan manis, malah ia tidak berbau hanyir. Air gunung sangat sesuai untuk ikan keli kerana ia lebih

bersih dan bebas dari sebarang pencemaran.

Saluran air itu disediakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kerana ada juga kebun sayur berdekatan yang menggunakan air gunung itu untuk mengairi tanaman mereka.

Beliau berkata kebiasaannya, peneroka di tanah rancangan Felda menjadikan ladang sawit mereka sebagai lokasi menternak haiwan seperti lembu dan kambing untuk menjana pendapatan tambahan, namun beliau memilih untuk

menternak keli kerana ia mudah dijaga, tahan lasak dan sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan. - Foto Bernama.

Artikel Disyorkan