[VIDEO] 'Iqbal maklum kepulangannya ke USAS kali ini yang terakhir' - Bapa

Halimi Ali Yahad 50, (dua dari kanan) dan isteri, Nor Laila Paralan 47, (dua dari kiri) ibu bapa kepada Iqbal Hasnun Halimi 23, salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan malam tadi, tidak menahan kesedihan ketika tiba di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis. - Foto Bernama
Halimi Ali Yahad 50, (dua dari kanan) dan isteri, Nor Laila Paralan 47, (dua dari kiri) ibu bapa kepada Iqbal Hasnun Halimi 23, salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan malam tadi, tidak menahan kesedihan ketika tiba di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA KANGSAR - Bapa kepada seorang lagi pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan berhampiran Terowong Menora tengah malam tadi berkongsi cerita bahawa anaknya, Iqbal Hasnun Halimi, 23, pernah memaklumkan kepulangannya kali ini ke universiti itu adalah yang terakhir.

Halimi Ali Yahad, 50, berkata, kata-kata itu diungkapkan anak sulung daripada empat beradik itu kepada bapa saudaranya beberapa hari sebelum kembali ke universiti untuk sesi pengajian.

"Arwah katakan yang dia nak balik (USAS) terus, kalau tinggal pun tinggal terus (selama-lamanya).

"Dia juga kerap memberi nasihat kepada adik-adiknya supaya sentiasa menjaga diri dan kesihatan dengan baik tanpa perlu berulang alik ke hospital sepertimana pernah dia lalui ketika kecil dahulu," katanya.

Halimi berkata, nahas itu dimaklumkan kepada isterinya menerusi panggil telefon sekitar jam 3 pagi, namun tidak dinyatakan secara jelas kemalangan berlaku.

"Saya dan isteri cari maklumat menerusi page viral di Facebook dan jumpa gambar-gambar mengenai kemalangan itu.

"Walaupun sedih kehilangan anak, kami sekeluarga reda dan anggap arwah pulang dalam keadaan masih muda tanpa banyak dosa seperti kita," katanya.

Dalam kejadian tengah malam tadi, lima pelajar USAS iaitu Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, yang duduk di bahagian penumpang belakang rentung bersama empat rakan apabila kereta jenis Honda City dinaiki terbakar selepas kemalangan bersama dua treler di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Kuala Kangsar.

Empat rakannya yang turut terkorban adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, (pemandu), Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, (penumpang hadapan), Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, yang duduk di bahagian penumpang belakang.



BERITA SEMASA 12 MEI 2022

Suasana pilu menyelubungi ahli keluarga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah, Iqbal Hasnun Halimi yang maut dalam nahas melibatkan kereta dan treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, Perak malam tadi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Dalam kejadian sekitar jam 12.52 tengah malam itu, kesemua mangsa rentung selepas kereta dinaiki terbakar.

Mangsa dikenali Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Baca artikel penuh di sini: https://bit.ly/3Pit83u

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa" />