[VIDEO] 'Iqbal maklum kepulangannya ke USAS kali ini yang terakhir' - Bapa

KUALA KANGSAR - Bapa kepada seorang lagi pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan berhampiran Terowong Menora tengah malam tadi berkongsi cerita bahawa anaknya, Iqbal Hasnun Halimi, 23, pernah memaklumkan kepulangannya kali ini ke universiti itu adalah yang terakhir.
Halimi Ali Yahad, 50, berkata, kata-kata itu diungkapkan anak sulung daripada empat beradik itu kepada bapa saudaranya beberapa hari sebelum kembali ke universiti untuk sesi pengajian.
"Arwah katakan yang dia nak balik (USAS) terus, kalau tinggal pun tinggal terus (selama-lamanya).
"Dia juga kerap memberi nasihat kepada adik-adiknya supaya sentiasa menjaga diri dan kesihatan dengan baik tanpa perlu berulang alik ke hospital sepertimana pernah dia lalui ketika kecil dahulu," katanya.