X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Ibu sangka anak kemalangan biasa

Ahli keluarga salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua treler malam tadi, tiba di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis.- Foto Bernama
A
A

KUALA KANGSAR - [DIKEMAS KINI] Ibu kepada seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini menyangka anaknya hanya terlibat dalam kemalangan biasa.

Siti Norazah Bahari, 42, berkata, panggilan telefon memberitahu nahas itu diterima daripada rakan lama anaknya sekitar jam 4 pagi.

Jenazah salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua treler malam tadi, tiba di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis. - Foto Bernama
Jenazah salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua treler malam tadi, tiba di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis. - Foto Bernama

Menurutnya, meskipun terkejut, dia bersangka baik dan berharap anak sulungnya, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, hanya mengalami cedera ringan.

"Cara kawan dia bertanya mengenai insiden itu membuatkan hati saya rasa tak tenang, lalu saya minta suami untuk telefon semula mengesahkan kejadian.

"Selepas itu barulah saya kami mendapat perkhabaran yang sebenar, mereka maklumkan yang anak saya sudah tiada," katanya pilu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini pada Khamis.

Siti Norazah berkata, kali terakhir bertemu dengan Muhammad Nabil Haikal pada Ahad lepas ketika menghantarnya ke stesen Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk pulang ke USAS.

Katanya, pada petang kejadian, anaknya itu ada menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp bertanyakan keadaan kucing peliharaan mereka, apabila dijawab pesanan itu tidak berbalas sehingga ke malam.

"Arwah memang suka berkawan, hubungan dengan adik-adiknya pun sangat baik.

"Di USAS, dia ambil jurusan perniagaan kerana mahu menjadi seorang usahawan sama seperti saya," katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 12.52 malam itu, lima pelajar USAS yang menaiki kereta Honda City rentung selepas kereta dinaiki terbakar akibat dirempuh sebuah treler.

Mangsa terlibat adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!