‘Bersedia, jumpa di gelanggang’ - Najib

Najib di laman Facebooknya pada Khamis telah memuat naik sekeping gambar lengkap sarung tangan peninju, malah menunjukkan kesediaan untuk turun ke gelanggang malam ini.
Najib di laman Facebooknya pada Khamis telah memuat naik sekeping gambar lengkap sarung tangan peninju, malah menunjukkan kesediaan untuk turun ke gelanggang malam ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menjelang program Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam ini, kedua-dua figura itu menyatakan kesediaan untuk berentap menerusi hantaran di media sosial masing-masing.

Najib di laman Facebooknya pada Khamis telah memuat naik sekeping gambar lengkap sarung tangan peninju, malah menunjukkan kesediaan untuk turun ke gelanggang malam ini.

“Ready (bersedia). Jumpa di gelanggang,” katanya.

Pada Rabu, Anwar turut membuka peluang kepada rakyat Malaysia mengemukakan soalan kepada Najib sempena program Debat Perdana antara kedua-dua tokoh politik tersebut pada Khamis.

Ujarnya, orang ramai boleh mengajukan soalan itu menerusi ruangan komen di akaun Twitter rasminya.

Kemuncak program debat pada minggu ini yang membabitkan Anwar dan Najib akan berlangsung di Auditorium MATIC pada jam 9 malam Khamis.

Semua persoalan akan menjurus kepada Sapura Energy Bhd dan berkemungkinan tentang masa depan Malaysia.

Orang ramai boleh menyaksikan debat tersebut di saluran Facebook Sinar Harian, Astro Awani, Malaysia Gazette dan Sin Chew Daily.