Pesawat bawa 11 penumpang terputus hubungan ditemui dalam hutan

Pesawat membawa pekerja syarikat minyak ditemukan di hutan berhampiran Nanga Eboko, di Cameroon selepas dilaporkan terputus hubungan pada Rabu malam. - Foto Cameroon News Agency
Pesawat membawa pekerja syarikat minyak ditemukan di hutan berhampiran Nanga Eboko, di Cameroon selepas dilaporkan terputus hubungan pada Rabu malam. - Foto Cameroon News Agency
A
A
A

YAOUNDE - Sebuah pesawat membawa 11 penumpang dilaporkan terputus hubungan pada Rabu malam sebelum pesawat itu ditemukan di hutan berhampiran Nanga Eboko, di Cameroon, lapor Xinhua.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan Cameroon, Jean Ernest Ngalle Bibehe dalam satu kenyataan.

"Pasukan penyelamat kini dalam perjalanan ke lokasi pesawat ditemukan untuk memberikan bantuan," kata Bibehe.

Pesawat itu dalam perjalanan ke wilayah Belabo selepas berlepas dari Yaounde, ibu negara Cameroon.

Media tempatan melaporkan penumpang pesawat terdiri pekerja syarikat minyak. - Bernama