Sila log masuk terlebih dahulu.

Sinar Harian rangkul anugerah gangsa di MDA

Nik Justin (tengah) semasa menerima anugerah gangsa bagi kategori Best Use of Mobile di malam anugerah Persatuan Digital Malaysia (MDA) pada Rabu.
Nik Justin (tengah) semasa menerima anugerah gangsa bagi kategori Best Use of Mobile di malam anugerah Persatuan Digital Malaysia (MDA) pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Karangkraf melalui Sinar Harian telah berjaya merangkul anugerah gangsa bagi kategori Best Use of Mobile di malam anugerah Persatuan Digital Malaysia (MDA) pada Rabu.

Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, anugerah tersebut telah dinilai melalui aplikasi Sinar Harian.

“Semalam Sinar Karangkraf berjaya merangkul anugerah gangsa untuk Best Use of Mobile iaitu penggunaan aplikasi Sinar Harian.

"Sementara itu, emas dan perak dimenangi oleh agensi antarabangsa iaitu Media Compete dan Mindshare.

“Ia merupakan satu kejayaan yang besar di mana kita dapat membangunkan aplikasi tanpa bantuan daripada mana-mana agensi,” katanya kepada wartawan Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ia merupakan kemenangan yang signifikan dan membanggakan memandangkan anugerah tersebut turut mencalonkan agensi antarabangsa.

“Kita merupakan satu-satunya media Malaysia yang terpilih sebagai finalis dan memenangi anugerah. Meskipun di tempat ketiga, ia merupakan satu penghargaan kepada Sinar Karangkraf,” ujarnya.

MDA merupakan pertubuhan yang menganjurkan anugerah pada setiap tahun untuk menghargai semua pemain digital yang terunggul di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Beliau meluahkan rasa teruja dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama dalam membangunkan aplikasi tersebut.

“Saya berasa gembira kerana aplikasi ini mendapat perhatian daripada ramai pihak. Aplikasi ini juga merupakan aplikasi berita pilihan nombor satu di Google Play.

“Dengan kerjasama berpasukan dan segala usaha dari Sinar Karangkraf, saya terasa amat teruja dan puas hati,” katanya.

Jelasnya, untuk masa akan datang, beliau dan pasukan akan lebih membangunkan aplikasi tersebut supaya menjadi aplikasi berita yang terunggul di Malaysia dan antarabangsa.