Mayat lelaki ditemui tepi jalan

Mayat seorang lelaki ditemui di tepi jalan Kuari Batu 11, Jalan Labu pada Rabu.
Mayat seorang lelaki ditemui di tepi jalan Kuari Batu 11, Jalan Labu pada Rabu.
A
A
A

NILAI - Mayat seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh ditemui di tepi jalan Kuari Batu 11, Jalan Labu pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan mayat itu pada jam 12.50 tengah hari.

"Pemeriksaan lanjut ke atas mayat tersebut telah menemukan salinan dokumen warganegara Bangladesh yang disyaki miliknya.

"Tempat kejadian merupakan tepi jalan menuju ke kawasan Kuari Batu 11 Labu dan kawasan dikelilingi kebun kelapa sawit. Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah hadir ke lokasi bagi menjalankan siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, mayat berkenaan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS) untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

"Kes diklasifikasikan mati mengejut. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil memberikan maklumat di balai berdekatan atau hubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Nor Nikman Ahammed di talian 013-6262415," katanya.