Identiti mayat terapung di Sungai Kurau dikenal pasti

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mazuki
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mazuki
A
A
A

BAGAN SERAI - Identiti mayat lelaki lengkap berpakaian yang ditemukan terapung di Sungai Kurau, Jalan Jeti di sini pada Selasa telah dikenal pasti.

Mayat mangsa yang ditemui kira-kira jam 3.30 petang itu disahkan sebagai Shahrom Zulkeflee, 32, yang berasal dari Kampung Depan Balai Polis di sini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, pengecaman telah dilakukan ahli keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Parit Buntar di sini.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan mati lemas dan mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

"Tiada laporan kehilangan mangsa dibuat oleh ahli keluarga mangsa. Mayat telah diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sinar Harian melaporkan mayat seorang lelaki tanpa identiti berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung.

Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur perlakuan jenayah berlaku terhadap mangsa.