Rundingan tetap wujud: Saifuddin

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

SHAH ALAM- Pendekatan rundingan tetap wujud dan berjalan bersama parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang menjurus kepada melihat punca PH kehilangan banyak kerusi.

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, parti itu kini bergerak ke hadapan bagi mengukuhkan parti dan kerjasama PH serta mengenal pasti penolakan rakyat dalam pilihan raya.

"Kita tidak akan lagi terjebak dengan pertikaian masa silam. Sekarang adalah masa untuk meyakinkan balik rakyat terhadap PKR dan PH.

"Kam sudah selesaikan jumlah kerusi yang disasarkan dan mahu dimenangi. Insya-ALLAH, dulang kemenangan jadi milik kita bersama," katanya dalam program Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, pada Rabu.

Program itu turut menampilkan seorang lagi calon Timbalan Presiden iaitu Rafizi Ramli dan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian.

AKAN MENYUSUL