Pencemaran ammonia: Penduduk 3 mukim di Pontian terjejas

Bekalan air dihantar bomba memberi kelegaan kepada penduduk yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan semalam, untuk melakukan kerja-kerja mencuci, semalam.
Bekalan air dihantar bomba memberi kelegaan kepada penduduk yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan semalam, untuk melakukan kerja-kerja mencuci, semalam.
A
A
A

PONTIAN - Penduduk tiga mukim iaitu di Mukim Benut, Mukim Sungai Pinggan dan sebahagiannya di Mukim Ayer Baloi berdepan gangguan bekalan air berikutan pencemaran ammonia yang berlaku di Sungai Ulu Benut dan Sungai Machap di Simpang Renggam.

Penyelaras DUN Benut, Zulkifly Tasrep berkata, gangguan bekalan air akibat pencemaran ammonia itu sesuatu yang mengejutkan.

Ini kerana hanya sebaran maklumat tentang bekalan air berjadual yang akan bermula pada 28 Mac dibuat sebelum ini berikutan paras air di Empangan Machap mencapai tahap minima.

Justeru katanya penduduk sudah membuat persiapan awal dengan menyediakan simpanan bekalan air masing-masing bagi berdepan dengan bekalan air berjadual.

“Saya mendapat maklumat tentang gangguan bekalan air akibat pencemaran ammonia, semalam. Hebahan terus dilakukan ke ketua-ketua kampung.

“Ada penduduk yang beritahu bekalan air sudah tiada sejak malam semalam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Kampung Kawasan 1 Parit Makuaseng, Asmadi Bachok@ Mohd Nawai berkata, ketiadaan bekalan air memberi kesan kepada penduduk terutama bagi yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan.

Bagaimanapun, bekalan air yang dihantar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat melegakan tuan rumah yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan pada hari semalam, untuk melakukan kerja-kerja mencuci dan pembersihan pada hari ini.

Artikel Berkaitan:

“Bomba ada hantar bekalan air kepada tuan rumah yang buat kenduri semalam. Sejak dari jam 9 malam tiada air.

“Ketua kampung sudah diberitahu awal tentang bekalan air berjadual menerusi taklimat yang diadakan.

“Maklumat telah disampaikan kepada penduduk dan mereka sudah membuat persiapan menyimpan bekalan air masing-masing,” katanya.