Ajal dua beranak

Keadaan lori yang terbabit nahas semalam hingga mengorbankan dua beranak maut.
Keadaan lori yang terbabit nahas semalam hingga mengorbankan dua beranak maut.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Dua beranak maut akibat dirempuh sebuah lori kontena di KM379.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Slim River, semalam.

Kejadian sekitar jam 7.15 malam itu berlaku ketika kedua-dua mereka sedang memeriksa kerosakan pada kenderaan dibawa di lorong kecemasan. Abu Bakar Ahmad, 58, dan anaknya, Mohamad Khirulafifi, 26, beralamat dari Kampung Padang Kuala Pegang, Baling Kedah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori masing-masing membawa lori tangki muatan susu getah.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila lori dipandu Mohamad Khirulafifi mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan.

"Sebuah lagi lori tangki dipandu bapa mangsa telah menghentikan kenderaannya di hadapan lori berkenaan untuk memberi bantuan.

Keadaan lori yang terbabit nahas semalam hingga mengorbankan dua beranak maut.
Keadaan lori yang terbabit nahas semalam hingga mengorbankan dua beranak maut.

"Semasa sedang memeriksa kerosakan, secara tiba-tiba datang sebuah lori kontena dari arah belakang dan merempuh mangsa menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan teruk sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa dijalankan pagi ini di Hospital Slim River.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pemandu lori kontena berusia 29 tahun hanya mengalami cedera ringan selepas kenderaan itu terbabas ke besi pembahagi jalan selepas rempuhan berlaku.

Katanya, polis akan mengambil spesimen darah lelaki terbabit untuk ujian toksikologi.

"Siasatan lanjut akan dijalankan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.