10,000 pengguna di Pontian terlibat bekalan air berjadual

 Zulkifly
Zulkifly
A
A
A

PONTIAN - Kira-kira 10,000 pengguna di Mukim Benut, Sungai Pinggan dan sebahagian Mukim Ayer Baloi akan terlibat dengan Bekalan Air Berjadual selama sebulan bermula 28 Mac hingga 24 April depan.

Pegawai Daerah Pontian, Zulkifly Mohd Tahir berkata, langkah tersebut diambil berikutan paras air di Empangan Machap yang membekalkan air ke mukim-mukim berkenaan telah mencapai tahap minima.

Katanya, cadangan bekalan air berjadual selama 36 jam itu telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Sekiranya dalam tempoh tersebut paras empangan masih tidak menunjukkan peningkatan, Ranhill SAJ akan membuat permohonan baru bagi memohon tempoh perlanjutan Bekalan Air Berjadual.

“Sebaliknya jika paras empangan meningkat ke paras normal dengan jangkaan hujan pada awal April, tempoh Bekalan Air Berjadual akan dipendekkan tempoh seterusnya ditamatkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Zukifly berkata, pihak Ranhill SAJ Daerah Pontian telah pun mengambil langkah bersiap sedia bagi melaksanakan Bekalan Air Berjadual dengan menghantar notis kepada premis di kawasan yang terlibat.

“Satu taklimat juga telah disampaikan kepada 25 ketua-ketua kampung serta wakil-wakil berkepentingan bagi menerangkan kedudukan bekalan air semasa di Mukim Benut, Sungai Pinggan dan Ayer Baloi,” katanya.

Artikel Berkaitan: