Selangor sumbang RM5 juta laksana ibadah korban

Kerajaan Selangor memperuntukkan lebih RM5 juta tahun ini sebagai sumbangan bagi melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Julai ini. Gambar kecil: Izham
Kerajaan Selangor memperuntukkan lebih RM5 juta tahun ini sebagai sumbangan bagi melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Julai ini. Gambar kecil: Izham
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan lebih RM5 juta tahun ini sebagai sumbangan bagi melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Julai ini.

Izham
Izham

Exco Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ir Izham Hashim berkata, agihan melibatkan 1,000 ekor kambing dan 660 ekor lembu kepada wakil rakyat, masjid, surau terpilih dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Tahun lalu kita agih kambing dan sambutannya menggalakan, jadi kita meneruskannya pada tahun ini dengan 1,000 ekor lagi, berat minimum 35 kilogram (kg) seekor dan lembu pula 660 ekor dengan berat minimum 250 kg.

“Pihak masjid tidak perlu memohon kita akan serah nanti. Namun bagi NGO dan surau mereka perlu memohon jika mahu melaksanakan ibadah korban dan kita akan maklumkan nanti,” kata Izham kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun lalu, RM5.05 juta diperuntuk bagi sumbangan korban yang ditaja sembilan anak syarikat kerajaan Selangor.