2,605 kes baharu Covid-19, enam kematian

Sebanyak 2,605 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan angka jangkitan meningkat kepada 4,463,740 kes. Foto Bernama.
Sebanyak 2,605 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan angka jangkitan meningkat kepada 4,463,740 kes. Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,605 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan angka jangkitan meningkat kepada 4,463,740 kes.

Ia membabitkan 2,601 kes tempatan manakala empat lagi kes adalah daripada pesakit yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal CovidNow melaporkan enam kematian baharu dengan tiga daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Menurut data di portal CovidNow, kes kematian itu direkodkan di lima negeri dengan tertinggi direkodkan di Kuala Lumpur dengan dua kes. Ia diikuti Johor, Kedah, Perlis dan Selangor yang mencatat bilangan yang sama iaitu satu kes.

Bagi kes BID pula, masing-masing satu kes direkodkan di Kuala Lumpur, Johor dan Selangor. Setakat ini, angka kematian disebabkan Covid-19 berjumlah 35,590 orang.

Portal tersebut turut melaporkan sebanyak 22,953 kes aktif dengan 21,612 atau 94.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala seramai 24 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,250 kes pula dirawat di hospital dan 67 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 38 daripada 67 pesakit di ICU tersebut memerlukan mesin ventilator.

Sementara itu, sebanyak 2,014 kes sembuh dilaporkan pada Selasa dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,405,197 kes.