Dataran Tun Sri Lanang lokasi penganjuran

Rosleli (tengah) mewakili Kerajaan Negeri Johor menerima mok cek penajaan berjumlah RM100, 000 pada Majlis Promosi 1st International Dragon Boat Regatta 2019.
Rosleli (tengah) mewakili Kerajaan Negeri Johor menerima mok cek penajaan berjumlah RM100, 000 pada Majlis Promosi 1st International Dragon Boat Regatta 2019.
A
A
A

KOTA TINGGI - Dataran Tun Sri Lanang, Sungai Johor bakal melakar sejarah apabila julung kalinya dipilih sebagai lokasi penganjuran 1st International Dragon Boat Regatta 2019 yang akan dilangsungkan pada 27 dan 28 April nanti.

Pertandingan Dayung Bot Naga berkenaan dianjurkan bersama oleh Harlie Venture, Tourism Johor dan Kerajaan Negeri Johor.

Pengarah Harlie Venture merangkap Jurucakap Penganjur 1st Johor International Dragon Boat Regatta 2019 , Harris Sani memberitahu, perlumbaan bot berkenaan merupakan kali pertama dianjurkan di negeri ini dengan harapan dapat meletakkan nama Johor di persada sukan pelancongan antarabangsa.

"Tujuan penganjuran dayung bot naga ini adalah untuk mempromosikan negeri Johor sebagai destinasi sukan pelancongan ke peringkat antarabangsa dengan menarik minat penyertaan pasukan dari pelbagai negara

"Selain itu juga untuk mendedahkan acara perlumbaan perahu naga ini kepada orang ramai khususnya di kawasan selatan tanah air,"katanya sejurus Majlis Promosi 1st International Dragon Boat Regatta 2019.

Pada majlis itu, ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari mewakili Kerajaan Negeri Johor menerima mok cek penajaan berjumlah RM100, 000 daripada CEO Master Natural Herbal Sdn Bhd, Datuk Liu Han Ming

Menurut Harris, Sungai Johor dikenal pasti menepati saiz 200 meter kelebaran dan panjang yang sesuai sebagaimana syarat minimum penganjuran perlumbaan berkenaan yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Selain mempromosikan Johor sebagai Tuan Rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2020, perlumbaan tersebut juga bertujuan bagi memilih peserta pasukan bot dan kru wanita kebangsaan di Kejohanan Dayung Bot Naga Sukan SEA 2019 yang akan dipertandingkan di Manila, Filipina pada November/Disember 2019.

Artikel Berkaitan:

"Dalam perlumbaan yang berlangsung selama dua hari pada 27 dan 28 April ini, sebanyak lapan acara dayung jarak 200 meter akan dipertandingkan meliputi kategori International Premier Men12"s, International Premier Men 6's,International Premier Women 6's,International Premier Mix12's International Masters Open 12's (Tahun lahir 1979 & sebelum), International Premler Junior Men12s, (Umur 13-23 tahun, International Premier Junior Men12"s (Tahun Lahir 1996-2006) Malaysia Closed Govermment Agencies Mix 12's (Termasuk Tentera).

"Setakat ini, 800 peserta dari 35 pasukan telah mendaftar, antaranya peserta dari Filipina, Kanada, Hong Kong, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei Darusalam, USA, Ausrtalia, United Kingdom, Zimbabwe, Belanda serta pasukan - pasukan tempatan terdiri dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta kelab termasuk dari Sabah dan Sarawak telah mengesahkan penyertaan mereka,"katanya.

Tambahnya, turut mencatatkan sejarah perlumbaan bot naga berkenaan kerana di sinilah buat pertama kalinya acara kategori enam kru pendayung perkenalkan sehingga mampu menarik banyak penyertaan dari dalam dan luar negara.

Beliau berharap perlumbaan begini selain memberi manfaat kepada industri sukan pelancongan ianya secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan kaum dan kelainan budaya di Malaysia dan sekali gus untuk menjana peluang meningkatkan ekonomi penduduk setempat.