Manjung #QuranHour kupas surah Al-Kahf

Manjung #QuranHour dianjurkan bersempena Festival Islam Antarabangsa Perak, Khamis ini.
Manjung #QuranHour dianjurkan bersempena Festival Islam Antarabangsa Perak, Khamis ini.
A
A
A

IPOH - Penganjuran Manjung #QuranHour sempena Festival Islam Antarabangsa Perak, Khamis ini bakal memberi empat tumpuan dalam mengupas lebih lanjut mengenai surah Al-Kahf.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, program yang julung kalinya diadakan di Daerah Manjung itu akan diadakan di Dewan EMV Seri Manjung bermula jam 2 hingga 4 petang.

"Manjung #QuranHour ini merupakan misi dalam surah Al-Khaf di mana kita bermula di Selangor pada 2 Mac lalu dan Perak menjadi destinasi kedua kami dengan memberi tumpuan kepada empat kumpulan sasaran.

"Di dalam surah ini terdapat cerita-cerita yang dikaitkan dengan empat kumpulan sasaran kami dalam memberi tumpuan kepada cabaran fokus spiritual, hartawan, ilmuan serta penguasa," katanya kepada Sinar Harian.

Marhaini turut mempromosikan World #QuranHour yang bakal diadakan pada 30 Mei bersamaan 25 Ramadan depan.
Marhaini turut mempromosikan World #QuranHour yang bakal diadakan pada 30 Mei bersamaan 25 Ramadan depan.

Menurut Marhaini, walaupun ia kelihatan seperti sesuatu yang ringkas, namun Manjung #QuranHour merupakan permulaan untuk umat Islam melihat kandungan isi al-Quran dan surah ini yang mampu membentuk cara kita berfikir dengan berpandukan kita suci.

"Misalnya walupun belum menjadi hartawan kita pasti mempunyai cita-cita untuk ke arah itu dan begitu juga sebagai pemimpin serta penguasa, jadi bagaimana kita sebagai umat Islam mahu berpandukan surah Al-Kahf dalam menjalankan tugas kita.

"Saya berharap umat Islam di Perak ini dapat sama-sama hadir ke program ini dan menghayati serta menjadikan surah Al-Kahf sebagai panduan yang akan disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail," katanya.

Artikel Berkaitan:

Marhani berkata, Manjung #QuranHour yang mendapat kerjasama Rumah Ngaji Perak turut menyasarkan kehadian 500 hingga 1,000 orang semasa ia dilangsungkan.

"Program ini terbuka kepada semua peringkat umur, ibu bapa bolehlah bawa anak-anak, golongan muda juga boleh hadir, usahawan-usahawan serta lain-lain lagi kerana isu ini menyentuh semua orang," katanya.

Marhaini turut berkata penganjuran Manjung #QuranHour ini juga merupakan sebahagian road to World #QuranHour yang bakal diadakan pada 30 Mei bersamaan 25 Ramadan.