Ban pecah: Kerja tambun tanah capai kemajuan 75 peratus

Kerja-kerja tambunan tanah ban kecemasan di Alor Limpah Lengkuas, di sini, selepas ban kanan terusan kanan pecah pada Isnin telah mencatat kemajuan 75 peratus.
Kerja-kerja tambunan tanah ban kecemasan di Alor Limpah Lengkuas, di sini, selepas ban kanan terusan kanan pecah pada Isnin telah mencatat kemajuan 75 peratus.
A
A
A

ALOR SETAR – Kerja-kerja penimbunan tanah ban kecemasan di Alor Limpah Lengkuas, di sini, selepas ban kanan terusan kanan pecah pada Isnin telah mencatat kemajuan 75 peratus.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Tarmizi Sulaiman memaklumkan, tahap kemajuan berkenaan direkodkan setakat jam 5 petang pada Selasa.

Beliau menjelaskan, lori muatan 24 tan, lori muatan 16 tan dan lori muatan lima tan digunakan bagi menjalankan kerja menambun tanah tersebut.

“Lori muatan 24 tan mengangkut tanah sebanyak 89 kali, lori 16 tan sebanyak 114 kali dan lori lima tan sebanyak 50 kali.

“Secara keseluruhan, sebanyak 2,725 meter padu tanah diangkut bagi melakukan kerja menambun tanah ban kecemasan itu,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Pada Isnin,MADA melaksanakan tindakan kecemasan segera berikutan kejadian runtuhan ban kanan terusan tengah yang berlaku di Struktur Alor Limpah, Sifon Lengkuas MADA sekitar jam 12.15 tengah hari pada Isnin.

Kejadian runtuhan ban ini disebabkan hujan lebat pada 8 Mei 2022 lalu di kawasan tadahan dan di dataran menyebabkan aliran tidak terkawal dan peningkatan paras air dari tadahan Sungai Padang Terap.

Beliau menjelaskan turunan hujan ini menyebabkan kenaikan paras air hulu dan hilir di Struktur Alator Pelubang yang mana paras tersebut telah melebihi paras limpah di Alor Limpah Lengkuas Sifon pada paras 8.01 meter (m).