Kesal ada pihak ‘gembira’ kejadian ban runtuh

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

JITRA - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kesal dengan tindakan pihak tertentu yang seolah-olah sedang ‘gembira’ dengan kejadian ban runtuh di Pelubang, di sini.

Muhammad Sanusi menyifatkan, tindakan itu merupakan satu budaya tidak baik, sekali gus perbuatan tersebut perlu dihentikan segera.

Beliau menegaskan, sepatutnya semua pihak berharap pegawai-pegawai terlibat dapat menyelesaikan segera isu yang timbul apabila berlaku kecemasan sedemikian.

“Mana-mana individu tidak sepatutnya menyebarkan apa-apa yang menimbulkan kontroversi ataupun kebimbangan keterlaluan kepada orang awam.

“Jika ada orang 'bergembira' dengan kejadian macam ini, maka saya rasa dia itu ada masalah,” katanya ketika diminta mengulas tindakan sesetengah pihak yang 'gembira' dengan kejadian ban runtuh di Pelubang,di sini, pada Isnin.

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pemberita selepas selepas meninjau lokasi ban pecah di Lubuk Batu, di sini pada Selasa.

Pada Isnin, sebanyak 75,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di daerah Kota Setar dan Pokok Sena dijangka terjejas akibat ban Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan terusan tengah di Sungai Santap, Pokok Sena dekat sini, pecah.

Bahagian Perhubungan Awam Komunikasi Korporat SADA dalam satu kenyataan berkata, tugas Loji Rawatan Air Bukit Pinang terpaksa dihentikan susulan kerja-kerja kecemasan akibat kejadian tersebut.