Larangan Indonesia untungkan pemain hiliran, huluan minyak sawit

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penanam minyak sawit huluan serta pengeluar minyak hiliran di negara ini perlu berganding bahu untuk meraih manfaat daripada kelompongan yang berpunca daripada keputusan penghentian eksport minyak sawit Indonesia, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, walaupun Malaysia bersimpati dengan pemain minyak sawit Indonesia yang akan terjejas oleh perubahan ketara dalam mekanik bekalan permintaan di negara berkenaan, ianya mewujudkan peluang terbaik bagi peserta minyak sawit Malaysia untuk meningkatkan keupayaan inovasi mereka sambil meneroka strategi terbaik dalam memenuhi lonjakan permintaan oleh negara-negara pengimport.

Pengeluar minyak sawit utama dunia itu telah mengenakan larangan untuk menurunkan harga komoditi dan seterusnya menangani kekurangan bekalan domestiknya.

India yang merupakan pengguna terbesar Indonesia, mengimport 13.0 juta hingga 13.5 juta tan minyak makan, yang mana minyak sawit membentuk 8.0 juta hingga 8.5 juta tan (63 peratus).

Hampir 45 peratus daripada kuantiti itu dijangka datang dari Indonesia manakala selebihnya diperoleh dari Malaysia yang merupakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia.

Ini telah membawa kepada pengetatan pasaran yang lebih kritikal susulan pencerobohan Rusia terhadap Ukraine dan isu-isu alam sekitar.

Harga sawit, kacang soya, sesawi Eropah dan juga opsyen GMO Kanada seperti minyak canola, telah mencapai paras tertinggi bersejarah berikutan tindakan Indonesia.

"Walaupun sewajarnya, Malaysia pasti akan menjadi penerima manfaat segera memandangkan statusnya sebagai pengeksport kedua terbesar minyak sawit selepas Indonesia, industri tersebut masih ragu dengan kemampuan Malaysia untuk menangani pelbagai cabaran dan kekangan pengeluarannya," kata beliau lagi.

Bagaimanapun, bagi memenuhi permintaan global yang semakin bertambah di tengah-tengah kekurangan tenaga kerja, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) kekal optimis bahawa Malaysia mempunyai kelebihan untuk mengisi jurang bekalan minyak sawit global berdasarkan analisis dan unjuran trend pasarannya.

"Memandangkan harga minyak sawit akan terus meningkat berikutan tahap inventori yang rendah di destinasi dan negara pengeluar disamping ketidaktentuan harga yang melonjak, kami berharap peserta huluan dan hiliran Malaysia akan merebut peluang daripada ketiadaan Indonesia untuk memaksimumkan aliran pendapatan mereka.

"Tambahan pula, peluang seperti ini hanya muncul untuk jangka pendek memandangkan Indonesia pasti akan mengkaji semula dasar larangannya selepas struktur bekalan dan harga domestiknya stabil selain daripada kebergantungan Indonesia terhadap cukai eksport bagi membiayai program biodieselnya."

Penganalisis pasaran menjangkakan larangan eksport akan ditarik balik menjelang akhir suku kedua 2022 dan mewujudkan kemungkinan bahawa Indonesia akan membanjiri pasaran global dengan inventori yang dikumpulkan semasa larangan itu, kata Zuraida.

Memandangkan industri itu telah memasuki tempoh puncak pengeluaran bermusimnya pada tahun ini, ditambah dengan prospek Korea Selatan, yang merupakan salah satu pasaran minyak sawit yang paling pesat berkembang, melepaskan stok akan mampu mencetuskan pembetulan harga yang mendadak.

Prospek Rusia dan Ukraine mengurangkan stok minyak biji sesawi/bunga matahari mereka selepas konflik mereka mereda atau diselesaikan juga perlu dilihat.

Berdasarkan kemungkinan risiko-risiko ini, adalah logik bahawa kedua-dua penanam kelapa sawit Malaysia dan peserta industri hiliran merebut kesempatan daripada keadaan semasa dan bukannya membiarkan peluang sedemikian terlepas.

"Kami ingin memberi jaminan kepada peserta industri bahawa MPIC sedang melakukan yang terbaik untuk memenuhi permintaan tenaga kerja asing terutamanya daripada peserta huluan," katanya, sambil menambah Malaysia kini menjangkakan kumpulan pekerja asing baharu akan tiba pada Mei dan Jun, sekali gus mengatasi masalah tenaga kerja dalam penuaian buah sawit yang telah menjejaskan pengeluaran. - Bernama