Tingkat mutu perkhidmatan bas sekolah

Izani Zakaria
Izani Zakaria
A
A
A

TANAH MERAH - Pengusaha bas sekolah menggesa Kementerian Pengangkutan melakukan pembaharuan terhadap perkhidmatan bas sekolah dalam usaha memberi perkhidmatan lebih selesa kepada pengguna.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kelantan, Izani Zakaria berkata, pihaknya mencadangkan nama bas sekolah turut ditukar kepada bas pelajar.

"Kita juga harap warna cat bas sekolah yang kebiasaannya berwarna kuning ditukar kepada warna yang lebih ceria dan menarik.

"Sudah tiba masanya kerajaan membuat pembaharuan dan perubahan terhadap bas sekolah.

"Lagipun kita sudah melangkah sebagai sebuah negara maju dan moden namun warna bas sekolah masih sama dan tiada perubahan," katanya.

Beliau berkata, warna bas juga memainkan peranan penting kerana ia boleh menarik minat guru untuk menggunakan perkhidmatan bas sekolah bagi mengadakan aktiviti sekolah sama dalam atau luar daerah pada cuti hujung minggu dan musim cuti sekolah.

"Buat masa ini, pihak sekolah tidak berminat untuk menggunakan perkhidmatan bas sekolah ketika mengadakan aktiviti sekolah seperti lawatan dan seumpamanya.

"Mungkin mereka labelkan warna kuning bas sekolah hanya untuk perkhidmatan mengambil dan menghantar murid dan pelajar, jadi ramai yang tidak berminat dengan perkhidmatan bas sekolah untuk aktiviti luar.

Artikel Berkaitan: