Liga Premier: Selangor 2, Kelantan United sama kuat

Pemain Selangor FC 2, Richmond Tetteh Ankrah (kiri) diasak pemain Kelantan United, Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin dalam perlawanan Liga Premier di Stadium UiTM Shah Alam pada Isnin. - Foto Bernama
Pemain Selangor FC 2, Richmond Tetteh Ankrah (kiri) diasak pemain Kelantan United, Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin dalam perlawanan Liga Premier di Stadium UiTM Shah Alam pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

SELANGOR FC 2 gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium UiTM, Shah Alam apabila sekadar melakar keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan sensasi pantai timur Kelantan United dalam perlawanan Liga Premier pada Isnin.

Bagaimanapun Selangor FC 2 terlebih dulu bermula garang apabila merobek gawang Kelantan United hasil jaringan

Abdul Rahman Daud pada minit kelapan untuk mendahului separuh masa pertama 1-0.

Kelantan United pada babak kedua tampil lebih kemas bertenaga melancarkan beberapa serangan terhadap kubu lawan, namun gagal menebusi gawang tuan rumah.

Bagaimanapun tuan rumah terpaksa beraksi 10 pemain setelah Muhammad Haiqal Haqeemi Hairi dilayang kad merah, selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-64 kerana membantah keputusan pengadil.

Kesempatan itu dimanfaatkan sebaik mungkin Kelantan United dengan mengandakan asakan terhadap kubu Selangor 2, yang akhirnya diterjemahkan dalam bentuk jaringan penyamaan menerusi tandukan Muhammad Aliff Najmi Shaaini pada minit ke-78'.