10 rumah di Kubang Pasu dinaiki air

Anggota APM Kubang Pasu memeriksa paras air di kediaman penduduk yang dinaiki air.
Anggota APM Kubang Pasu memeriksa paras air di kediaman penduduk yang dinaiki air.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 10 kediaman di Kampung Paya Nongmi mukim Sungai Laka, Kubang Pasu dekat sini dinaiki air pada Isnin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, bagaimanapun tiada mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu setakat ini.

Menurutnya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu mendapat aduan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Laka berkaitan air telah masuki ke rumah penduduk yang berisiko banjir.

"Melalui maklumat diterima, air sungai deras serta semakin naik dan susulan itu pasukan pemantau bergerak ke lokasi pemantauan kawasan air banjir

"Pasukan penyelamat APM turut bergerak ke rumah yang terlibat dan mengambil maklumat mangsa, selain membantu mengangkat barangan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau memberitahu, ketika ini paras air banjir surut tetapi dalam keadaan perlahan manakala cuaca secara keseluruhan dalam keadaan mendung.

"Anggota APM sentiasa dalam keadaan siap siaga sekiranya berlaku hujan lebat dan bersedia sekiranya ada mangsa terperangkap di dalam banjir," katanya.