'Berhenti beritahu orang saya halau awak'

Bella Astillah
Bella Astillah
A
A
A

ISTERI kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah meluahkan rasa berang apabila dituduh halau suaminya daripada rumah.

Menerusi entri di Instagram stories, Bella menjelaskan, dia memilih untuk berkongsi di situ kerana tidak ada tempat yang sepatutnya untuk mendapat maklum balas sesiapa.

No Image Caption

"Kenapa saya letak di IG Story, sebab kat tempat yang sepatutnya, tak ada response dari sesiapa. Saya just nak bagitahu berhenti beritahu orang lain yang saya halau.

"Saya dibesarkan dengan baik oleh kedua orang tua saya, diaorang ajar saya adab. Tepuk dada tanya selera, orang berbudi kita berbahasa and eventually your family know everything yang I tak halau pun.

"Where have you been for the past few days? Club? You wanna say nak ludah every single of my family?

"Yang menatang macam minyak yang penuh? (My family who sacrificed their fellings selama ini dan tutup je mata dengan apa saja perbuatan kamu.).

"What kind of human are you? Im telling you stop or you want me to start juga? Kesabaran saya ada tahap. Please ingat. Salam," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Tidak lama kemudian, Bella turut berkongsi satu paparan skrin berkenaan maklumat mengenai suaminya yang dihantar oleh seorang pengikutnya.

Individu berkenaan mendakwa rakannya melihat Aliff menaiki kereta bersama seorang wanita di Johor Bahru.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean, 2 tahun.