Tolong jangan terpedaya: Shuib

A
A

PELAWAK, pelakon dan penyampai radio, Shuib mengingatkan peminat serta orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebuah skim pelaburan yang menggunakan foto dirinya.

Peringatan itu di buat menerusi akaun Instagram miliknya, di mana Shuib berkongsi sekeping gambar paparan skrin mengenai sebuah skim yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ujarnya, dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana skim pelaburan.

"SCAM! Tolong jangan terpedaya! Jangan kerja nak membohong je boleh? Tolong take note ye semua... Saya tak terlibat dengan mana-mana skim pelaburan," jelasnya beserta dua tanda pagar, #scammer #DahLaNiKeretaPinjam.

Shuib Sepahtu Foto Instagram
Shuib Sepahtu Foto Instagram