Kerusi Cameron Highlands: MP BN protes keluar dewan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen daripada komponen BN bertindak keluar Dewan Rakyat bagi membantah keputusan Speaker, Datuk Mohd Ariff Md Yusof yang tidak membenarkan ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh berada di dalam dewan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sepatutnya sesuatu keputusan mahkamah memerlukan tempoh 14 hari untuk penelitian.

"Ahli -ahli Parlimen BN protes kerana salah seorang ahli Parlimen kami diisytiharkan salah laku, namun sewajarnya beliau (Sivarraajh) masih berhak berada dalam persidangan Parlimen sehingga tempoh rayuan 14 hari tamat.

"Jika notis rayuan difailkan dan seseorang ahli Parlimen disabitkan kesalahan, beliau masih layak berada dalam Dewan Rakyat sehingga Mahkamah Tinggi buat keputusan," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: