Covid-19: Jumlah kemasukan ke fasiliti awam menurun 27 peratus

Jumlah pesakit yang memasuki fasiliti kesihatan akibat Covid-19 berkurangan.
Jumlah pesakit yang memasuki fasiliti kesihatan akibat Covid-19 berkurangan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 27 peratus pada Minggu Epidemiologi (ME) 18/2022 (1 Mei hingga 7 Mei 2022)

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah berkata, daripada jumlah itu, pesakit kategori satu, dua, tiga, empat dan lima masing-masing menurun sebanyak 50 peratus.

Menurutnya bilangan kes sembuh menurun sebanyak 56,352 kes kepada 30,930 kes.

“Bilangan kes baharu pada (ME) 18/2022 menurun sebanyak 58.3 peratus (20,937 kes kepada 8,732 kes) berbanding ME 17/2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Dr Noor Hisham, bilangan kes tempatan menurun sebanyak 20,876 kes kepada 8,703 kes (58.3 peratus) dan bilangan kes import pula menurun sebanyak 61 kes kepada 29 kes (52.5 peratus).

Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes kematian pada ME 18/2022 menurun sebanyak 42.9 peratus (56 kes kepada 32 kes) berbanding ME 17/2022 dan bilangan kes aktif pada ME 18/2022 menurun sebanyak 48 peratus (412,555 kes kepada 214,405 kes) berbanding ME 17/2022.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!